Rabu, 4 November 2015
Pengait Oh Pengait
Pasal pengait, mula2 ku mendangar kan membari ketawa jua, malar ku terkidum2 klu tekanang crita ni. Tapi skarang ani makin mambari ingau sama mambari marah jua sal semakin menjadi2. Whatsapp sama crita orang ani semakin menjadi2.
Masa kediaku damit daulu, perkataan pengait ani selalu digunakan untuk menakut2kan kami (kanak2 masa tu jua) supaya nda bermain jauh, inda brjaur inda bertantu2. Sama jua supaya mendangar taguran orang tua masa tu. Kana babas parut la, kana ikat oleh pengait la, sebelum ia memungal kepala, kononya kana gunai tengkurok kepala untuk membagi semangat, sama membagi jambatan kuat. Dah basar sekolah apa, baru paham atu sekadar menakut2kan kami pasal masa tu kami gauk, lagi pun mana ada kanak2 ilang pastu kana jumpai badan inda bkapala. Dari mulah bapa sama mulah nini pun inda pernah ada kes badan kanak2 inda brkepala kana jumpai, yang kana pancung jepun atu lain crita la.
Yang membari ku ketawa atu, crita atu dah brpuluh2 taun nya orang jadi ristaan dah, ani brbalik lagi di taun ani, tahun 2015. Tatapi yang mambari ingau, marah sama ada jua mambari malu atu, sal ani menunjukkan betapa mundur atau pun masih jahil nya orang brunei bukan saja dari segi ilmu pengtahuan tapi akhlak kitani. Atu tah membuat kan kediaku rasa inda nyaman ati, sampai blog lama ku ani trpaksa ku ruah sal lama inda berjangkau.
Ani kedia ku menerangkan kenapa, dari segi pengetahuan, inda payah sekolah tinggi sampai tahap gunung everest kah apa. Aku bertanya Brunei saja kah yang kan membuat jambatan ani? bukan lagi ratus ribu jambatan di dunia ani, lagi luan2 payah. Ada dorang pakai tengkuruk kepala? kalau pakai tengkuruk kepala jua, sama tah bomoh , dukun bisia sama kitani tu. sama tah jua bacaan mentera nya kali tu, kurapak Brunei atau brkurapak salah satu bangsa di Borneo tah tu bomoh2 di dunia atu. tapi masih jua kurapak Brunei atau di borneo ani inda pemas.Yang jambatan pulau pinang tu macam mana? Raja Bomoh yang lului atu? boleh dah di tangkap tu, sal banyak kepala di pungalnya. Baru2 ani ada ku trliat dokumentari sal jambatan trpanjang di dunia iaitu di china, bukan lagi sungai, luan2 laut. Kan dah kitani ketahui Made in China bukan tahan, Jadinya jambatan bisia pakai tengkuruk jua kah? Banyak tu. Pun inda makai kepala.
Ani jua crita macam2 version, ada yang dapat dah, ada yang inda. Ada yang warna hitam, ada Bangla, ada bangsa Papua New Guinea la. Ani yang membari heran nada sorang yang mengakun sapa yang trnampak atu, tolong tampil klu sayangkan nyawa orang brunei ani sebelum jadi mangsa yang macam di habarkan. Semuanya oleh2 'Crita orang' atau 'Berita Whatsapp', mana ada ia mengaku ia meliat. Ada kana habarkan tampat atu ada ampir2 kadapatan, sam jua critanya 'Terlapas' jua, yang calinya ada kawan ku di tampat yang kana sabut atu, tau pun inda. ampir rumah jua, balik2 melintas, sorang pun nada mengakun terliat sama menyebarkan Berita Hangat atu. Orang kampung makin beruri ada plang inda pasal.
Atu baru pakai logik inda payah sekolah tinggi2 payau. Ani yang paling membari rasa marah sama malu. Negara saja di gelar negara zikir, negara islam, ikut undang2 islam. Tapi masih ada jua percaya perkara2 kurafat sama syirik ani. Bukan tengkuruk yang membagi jambatan taguh, tu nah yang tarang2 kuasa Allah SWT. ' Kun Fayakun' ayat bukti kuasa Allah SWT tiada tolok bandingnya. Doa selamat, doa tolak bala ramai2 seluruh negara membuat, atu yang sebenarnya yang lurus.
Ani kediaku menerangkan, sapa ada kawan, saudara, atau sapa2 orang sabah tanya kan tia sal pengait sal dorang lagi tau hal ani. Kediaku daulu pernah brcrita2 sama orang sabah, bangsa melayu Brunei jua. crita2 terungkit sal pengait, sama jua, crita dorang masa kami untuk menakuti kanak2. Tetapinya pengait banar2 ada, tapi bukan untuk jambatan. Crita asalnya daulu ada puak tu brkelahi sama puak lain, iatah yg kalah kana pungal kepalanya. di simpan, iatah klu bnyak kepala di rumah nya kira handal atau pahlawan tah tu. Atu ingat2 ku critanya, jadinya kan kepulauan Borneo ani daulunya pemas dangan gelaran 'Head Hunter' nya orang putih. Jadinya crita atu di gunakan untuk menakutkan kanak2, jadi tia versi masa ani.
Pasal anjing kerajaan ada dalam radio nya dalam whatsapp. yang calinya radio di rumah ku laur2 nada pun ada berita atu, kalau ada pun mesti ada ulangan. Yang masa daulu tu, yang bercerita ada mendangar la anjing kerajaan di lapaskan la, berkeliaran la di siarkan dalam radio. Atu orang daulu (termasuk kediaku) mudah percaya pasal bukan semua ada radio, kalau ada inda selalu di pasang. bukan macam sekarang, jadinya daulu sanang membuat crita sama orang daulu masih jahil, sama jua orang skarang pun masih jua jahil dari segi ilmu duniawi sama uhkrawi.
Tetapi hal kanak2 ilang ani masih boleh brlaku walaupun sal pengait ani cuma crita rekaan. Pasalnya negara jiran kitani semenanjung Malaysia, ada sudah kanak2 kena culik, bila di jumpai kepala masih ada tapi organ2 abis beambil. Sal nilai organ di pasar gelap semain naik. Walaupun jauh dari negara kitani, tapi baik jua tani berjaga2. Ani yang patut tani berjaga2, sama yang mbari ingau dorang ambil ksempatan atas perkara pengait ani. Takut jua kes dandam, kes rogol kah, di bunuh lapas tu pungal kepala, kana sabut pengait.
Jadinya cerita Pengait ani sebenarnya jadi bahan pengukur ilmu pengetahuan bangsa kitani, dan yang penting iman kitani. Bangsa lain ketawa2 mliat kejahilan bangsa kitani. Klu kitani mengucap bangsa lain talur apa, tapi liat diri sapa yang lagi yang 'terang lagi bersuluh' ketaluranya kalau ani berlarutan.
peringatan jua, whatsapp2 sal pengait ani baik jgn delete sapa menghantarnya, pasal klu terfoward sanang gtau sapa menghantar sal ani kan kana siasat oleh pihak yang berwajib. Klu terdelete, dir yang kana tuduh membuat cerita.
** untuk tambahan saja, baca cerita link bawah ani
http://johanharith.blogspot.com/2013/06/oh-yeah-kisah-benar-di-malaysia-misteri.html
ceritanya sama macam crita kitani tapi versi lain,
kawan ku orang semanjung crita asalnya untuk menakutkan anak dara nya kuat bejaur, tapi havoc satu malaysia, walaupun lebih tempoh dari 44 hari masih jua orang sana percaya..
Jumaat, 27 Februari 2015
MELAYU ISLAM BERAJA
MIB panuhnya Melayu Islam Beraja.falsafah negara kitani Negara Brunei Darussalam. Semua kitani dah sinonim ani adalah pegangan negara tani.
Dalam tiga-tiga perkataan ni. Perkataan melayu sahaja orang inda ingau sal baginya sanang sama inda payah. Sal diri nya sudah melayu,melayu brunei keturunan. Tapi erti melayu basar makna nya. Ia bukan saja bermaksud bangsa atau keturunan atu sendiri. Memang melayu brunei sudah lama berpacak di bumi bertuah ani. Tapi sekarang ani ia tinggal nama, sebutan dan tulisan.
Orang brunei atau kita sendiri selalu menyabut bangga 'aku orang brunei', sama bangga 'kebruneian' yang bisdia ada. Sebenarnya dan hakikatnya inda. Kebanyakan orang kitani inda lagi ada orang brunei tulen. Ia cuma tercetak dalam IC sama passport saja. Ia memang lahir di brunei.membesar di brunei. Berindungkan orang brunei. Tapi masih jua bukan brunei tulen.
Kenapa kediaku berani mengatakan inda lagi asli atau tulen sebab kebanyakan orang-orang kitani terutama anak muda inda lagi ada 'Adab ciri-ciri Melayu Brunei'. Mungkin tani biasa saja meliat sekililing kitani tapi kediaku yang berumur sudah ni nampak kurang, ada yang ndahada langsung melayu brunei ani. Cuba biskita yang printed 'Melayu' dalam Identity Card atu tanya diri sendiri, ingati balik cara kehidupan biskita dalam harian dengan masyarakat sekeliling di Brunei ani. Adakah biskita hidup dengan ciri-ciri kebruneian? kalau Awu, Lurus, Banar. Alhamdulillah bertambah jua lagi keramaian Melayu Brunei. Jangan biskita keliru antara Adab dengan Adat.
Berbalik pada perkataan 'Melayu' tadi kediaku bercerita saja macam mana orang Brunei dahulu hidup dalam masyarakat bisdurang dulu.
Antaranya:-
- Menghormati Orang berdudun kerumah/ Tetamu. Dulu kalau orang berdudun kerumah diri, bisdia akan layan dengan baik, anak peranak semua meluahi tuk bawa duduk, bawa bercerita. kalau ada peranak tidur inda kelalahan, inda damam, kalau boleh di banguni. menghidangi minuman kalau boleh minuman terbaik tapi paling kurang aing sajuk atau mana yang termampu. Makanan biskut, ruti-rutian, atau kalau boleh buat sekajap, di buat jua tu. inda kira apa bangsa nya orang datang tu.walaupun LingKa atau Cina.
- Ampama atau Supan. Ertinya ulah bisai-bisai dapan orang, terutama ke orang tua. Kalau bercakap inda tinggi suara. Jari menunjuk arah guna ibu jari. Kan lalu melintas dindapan bisia tunduk tangan kanan lurus kan kebawah. Lalu di belakang orang tua pun minta kebenaran. Kalau makan ramai-ramai atau ba-urung nya orang tua-tua. Biar orang tua dulu menjamah rezeki. Kalau bini-bini, duduk atas kerusi kaki inda bersilang. Kalau orang tua-tua duduk di lantai, turut jua ikut duduk di lantai.
- Inda camah mata, sama mudah muncang muncang.ikut kuminiti atau acara kampung. Kalau ada pangilan atau majlis keluarga terdekat. Ringan tulang mendagani angkat barang, menyusun makanan apa.
- jiran-jiran tagur menagur.
liat balik kitani. Ada ciri-ciri atas atu? Atu tah ciri-ciri 'Melayu Brunei'. Biskita macamana?
Ani cerita kediaku, pernah ku meliat. Ada bini-bini cina kan mengangkat bini-bini tua (mamanya kali jua tu) kan masuk ke kereta dari kerusi roda. Inda bini-bini tu terbala. kediaku kan menolong jauh sebarang jalan. Ngam ada ramai anak muda lelaki lalu melintas. kana liat nganya, tapi dua orang dari nya ada jua mengaga menolong mengangkatkan kedalam kreta tu. nampak terima kasih banar cina atu. Sedih jua ku ku mliat, sal ada yang biarkan nya nganya ada orang yang terkial-kial di depan mata bisia, tapi alhamdulillah jua ia yang masih ada inda camah mata atu menghulurkan bantuan.
tips untuk memulakan biasa sama jiran atau mbuat baik, atau apa-apa saja. Jangan tunggu orang memulakan,baik kitani yang mulakan, sal kalau dua-dua menunggu kiamat ari. Kalau nada memulakan. Sampai ada jiran meninggal baru sibuk-sibuk kan tau siapa orang sebalah.