Khamis, 7 Januari 2016

Harga Minyak di pasaran dunia jatuh. Sejauh mana kesedaran rakyat Brunei mengenai ani?

Assalamualaikum.

Tadi pagi kediaku membaca update berita online yang harga minyak dunia jatuh menurun lagi. Sangat-sangat membimbang kediaku selaku rakyat Brunei Darussalam, jadinya kediaku terpaksa lagi mengisi Blog yang jarang dijangkau ani. Mungkin panjang tetapi kediaku berharap kana baca dan membagi memfaat bersama.

Alhamdullilah atas rahmat Allah SWT kitani bersyukur selama ani Negara Brunei Darussalam mendapat rezeki yang melimpah ruah dari hasil bumi iaitu minyak dan gas. Atas Hasil atu jua kitani sekelian rakyat Brunei kitani nikmati sehingga hari ani, atas kepimpinan dan kebijaksanaan sultan kitani dengan kerajaan baginda.

Memang hasil negara kitani inda di 'Kongsi' dari segi duit atau 'By Hand' ataupun 'Beunjuk' nya kitani. Tetapi disalurkan melalui kesejahteraan kitani iaitu subsidi. antaranya:
-minyak kereta
-elektrik karan rumah
-aing 

Antara yang FREE
-Pendidikan (ada yang termasuk transport-Bas Sekolah, elaun)
-Perubatan (ada yang dihantar ke Hospital 5 Bintang-JPMC dan ada yang ke Singapore)

Bukan lagi atu, cukai kerajaan pun murah menyebabkan kitani banyak mampu membali (loan) kereta lebih dari satu dan jua ani menyebabkan negara kitani adalah negara tertinggi terdapat kereta mengikut purata penduduk didunia.

Berbalik pasal harga minyak dunia yang sekarang jatuh abis dan labih teruk dari sepatutnya, yang disebabkan politik dunia. Yang kediaku paham ani adalah agenda Amerika untuk 'mengagar' China sama Russia, tapi lebih kepada China disebabkan perebutan pulau Spartly. Ani menyebabkan Economi bisia jatuh teruk. Ani bukan saja negara bisdorang tapi tempias arah Negara Kitani yang cuma bergantung lebih 90% minyak dan gas.

Untuk pengetahuan biskita semua mengikut suratkhabar BRUNEI TIMES bertarikh 29/10/2015,
pada 15 Ogos 2015 keuntungan jatuh ke 36% dari Ogos 2014. Atu jumlah menyeluruh pendapatan negara dan ia adalah jumlah inda baik untuk negara,pada msatu jua minyak bernilai $48 sebarrel. Ditambah lagi tadi pagi, minyak akan jatuh lagi bawah paras $30 sebarrel dan akan di jangka jatuh lagi di tahun 2016 ani pada $16 sebarrel. Atu adalah Petanda Ekonomi Teruk abis.

Kediaku pendekkan cerita sama list kan saja kemungkinan:
-Pendapatan Brunei boleh jatuh lebih dari 90%.
(pembayang biasa gaji $1000 sebulan jadi lebih kurang $200 sebulan atau kurang lagi)
-Subsidi mungkin dikurangkan.
-nada lagi FREE semua bebayar.
-Cukai melambung.
Selebihnya pikir-pikir sendiri, kalau masih nda paham, Liat negeri jiran-jiran kitani, macam mana kehidupan bisdurang. Inda mustahil sebab sekarang dah mula berlaku.

Bersyukur jua atas kebijaksaan Kebawah Duli ani menghentikan Loan (pinjaman duit), Kredit kad bukan bank terima gaji. Nada atu lagi teruk brunei tinggal mbayar hutang berpuluh, beratus ribu tapi barang nada langsung di mata. Tapi sekarang ani lain lagi trend baru, ani listnya:-
-Loan renovate lebih dari nilai renovate.
-Loan barang ambil duit.
-Membali kereta lebih sebuah, ada yang bulanan sebuah kereta lebih dari 50% gaji.
-Jual tanah. tapi mengharapkan Skim perumahan.
-Nada simpanan alasan inda cukup, tapi handphone mahal bayar cash.
-Masih mengharapkan indung, anak bersusun bantal. Yang kesian indung harapkan pencen tua.

Yang kediaku kan sampaikan ialah, apa persediaan biskita? masih mengharapkan bantuan/mengusut kerajaan nanti sedangkan kerajaan sudah kurang pendapatan?Mungkin biskita inda ampit Era kesusahan, tapi anak cucu biskita, generasi akan datang. Macam mana perangai biskita masa ni iatah jua masa generasi masa depan..

Inda mustahil bila minyak habis, simpanan negara habis, pendapatan negara nada, cukai melambung, bayaran bill melambung, nauzubillah jua ada anak cucu jadi amah negeri orang. Siapa kata atu mustahil? apa jaminan atu mustahil? jaminankan ke keadaan macam atu ada dah.

Bukan salah kerajaan semua atu, atu berbalik pada salah diri yang lalai ketika senang. kadang-kadang ia bermula pada biskita sendiri jua. Jadinya mula tah:
-Menyimpan sedikit sebanyak persediaan untuk kandila dah susah.
-Jangan asyik membali kereta mahal-mahal, biskita inda tahu yang terdapat tu banyak sakit mebayar bulan. lagipun kereta adalah asset yang merugikan. atu fakta tu.
-Jangan jual tanah untuk menyelesaikan masalah
-Yang inda keraja, jangan luan mengharapkan keraja kerajaan, buat sesuatu yang menguntungkan, jangan angan-angan kaya mengajut, angan-angan berjaya lapas berusaha.
-Selain berusaha kitani berdoa, doakan anak berjaya, doakan indung sihat, doa kan indung yang dah meninggal.
-Gaji keluar bagi indung dulu. ( ani cerita-cerita orang yang berjaya dalam hidup)
-Sedekah atau zakat harta untuk berkatkan harta supaya bertamabah murah rezeki.
-Bergaul sama masyarakat (bukan main HP atau tab di rumah saja).

Mudah-mudahan yang kediaku sampaikan ani sedikit sebanyak ada mengubah pandangan atau pemikiran orang-orang kitani yang lalai sama enjoy masa ni. harap biskita jangan cakap saja yang penting buat, takut karang macam arah kereta banyak sticker tasbih, allahu akhbar, apa-apa saja lambang islam, tapi dimana masjid d mana kiblat dirumah pun inda tau, jadinya buat saja, jangan tau cakap.